Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2016/2017

Pada 31 Mac – 2 April 2016 yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sesi 2016/2017 telah mengadakan sebuah Kursus Kepimpinan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Objektif kursus kepimpinan ini ialah untuk melahirkan program yang mantap dan seimbang dari segi emosi, mental dan sahsiah berlandaskan hala tuju IPG dalam kecemerlangan Pembangunan Profesionalisme Guru, memberi pendedahkan dan pelaksanaan ciri-ciri kemahiran sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan dalam pelbagai bidang serta memberi pengetahuan berkaitan pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi.

Antara slot-slot yang diadakan ialah Bengkel Pengurusan, Bengkel Pengucapan Awam dan Personaliti, Team Building, LDK dan Tugasan Lapangan. Slot-slot ini tidak lain dan tidak bukan untuk mendedahkan ahli JPP supaya lebih tahu mengenai peranan mereka sebagai suara kepada guru pelatih dan mengeratkan hubungan sesama mereka agar kerjasama dapat dipupuk dengan jayanya.

DSC_2281 DSC_2260 DSC_2248 DSC_2213 DSC_2143 DSC_2629Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dalam membina pemimpin yang berkualiti dan berintegriti.

 

Leave a comment