Program Sharing is Caring

Pada tanggal 17 Ramadhan 1436H bersamaan 4 Julai 2015, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu 2015/2016, dipengerusikan oleh Mohd Nazrin Bin Daud telah menganjurkan satu aktiviti yang merupakan acara tahunan menjelangnya bulan ramadhan iaitu program ‘Sharing Is Caring’ yang bertempat di Dewan NN IPGKKB. Program ini telah mendapat sambutan. Sebanyak kira-kira 71 orang anak-anak yatim dari sekitar Kelantan dalam lingkungan umur 5 hingga 18 tahun telah menyertai program ini.

Program ini dijalankan untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada anak-anak yatim. Selain berkongsi ilmu, pengalaman dan kasih saying kepada mereka, program ini member pendedahan tentang amalan kebajikan yang harus diamalkan sebagai guru pelatih. Melalui program ini juga, kesedaran tentang pentingnya ibadah dan menjaga hubungan antara manusia juga diwujudkan.

Program tersebut dimulakan dengan sesi ice breaking yang melibatkan fasilitator dari kalangan guru pelatih sendiri dan peserta. Seterusnya, LDK 1 iaitu slot motivasi yang dijalankan di Dewan Kokurikulum diikuti oleh penyerahan adik angkat kepada para fasilitator. Setelah selesai rehat & solat Zuhur, disambung pula dengan slot LDK 2 dan LDK 3 yang dikendalikan oleh guru pelatih iaitu Faiz Nayan dan Suryadi. Seterusnya, solat asar dan persiapan diri.

Majlis penutup kira-kira jam 6 petang bermula. Saudara Aideed membacakan alunan al-Quran sebagai pembuka majlis. Majlis juga dipersembahkan dengan alunan Qasidah oleh kumpulan Shoutun Nai’m. Seterusnya, ucapan perasmian dan penutupan oleh Tuan Haji Norizan bin Hanapiah dan diikuti oleh penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta dan wakil rumah anak yatim.

Berikut ialah poster bagi memohon sumbangan bersempena program Sharing is Caring (SIC):

Berikut pula ialah jadual perjalanan program secara ringkas: IMG-20150701-WA0018Seterusnya, berikut ialah antara bingkisan kenangan yang dapat diambil: DSC_0034 DSC_0040 DSC_0041 DSC_0046 DSC_0049 DSC_0064 DSC_0073 DSC_0098 DSC_0104 DSC_0164 DSC_0309 DSC_0314 DSC_0317 DSC_0318 DSC_0325 DSC_0340 DSC_0347

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s