Majlis Pelancaran Minggu Integriti

Pada 23 Ogos 2015, telah diadakan majlis Pelancaran Minggu Integriti peringkat IPG Kampus Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKKB sendiri iaitu Tn Hj Hashim bin Deraman.

Program Minggu Integriti ini merupakan salah satu amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada IPGK bagi mewujudkan satu mekanisme kefahaman dan kesedaran mengenai integriti. Pelaksanaan Minggu Integriti ini juga merupakan kesinambungan dan pemantapan kepada Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP) yang telah dilaksanakan di semua 27 IPGK bermula pada tahun 2007 dan program ini terbuka kepada semua pendidik termasuk staf sokongan.

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua warga pendidik mempunyai kefahaman yang jelas terhadap nilai integriti dan menggerakkan aktiviti integriti pendidikan serta seterusnya insya-Allah akan dapat membudayakan amalan integriti dalam kehidupan seharian.

Berikut ialah video bagi gimik pelancaran majlis ini:

Berikut pula ialah atur cara program ini:

Berikut pula ialah memo rasmi mengenai program ini:

IMG-20150818-WA0004Sepanjang majlis pelancaran ini, telah diadakan persembahan qasidah dari kumpulan Shoutun Na’im. Selepas itu, terdapat juga slot Etika Pemakaian yang diacarakan oleh Nadzrin Daud. Slot ini bertujuan menunjukkan kepada semua warga pelatih mengenai tatacara pemakaian yang betul sepanjang masa kuliah di IPG.

Pada akhir majlis ini, telah diadakan bacaan ikrar integriti yang diketuai oleh Tn Hj Zahran bin Mahmood.

Selepas majlis pelancaran ini, telah diadakan 2 program lain iaitu:

  1.  Bicara Integriti di Dewan Wawasan.
  2.  Ceramah Integriti di Dewan Bakti.

Berikut pula ialah gambar-gambar sepanjang majlis ini berlangsung: 230815_3432 230815_3444 230815_3449 230815_3452 230815_3459 230815_3465 230815_3477 230815_3483 230815_3486230815_3495230815_3496230815_3503230815_3491

Leave a comment