Karnival Permainan Tradisional (KaPeTra)

Pada 15 April 2016, Karnival Permainan Tradisional (KaPeTra) telah diadakan di Padang IPGKKB. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 dari opsyen Pendidikan Khas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPGKKB. Para pesertanya pula terdiri dari guru pelatih PPISMP Semester 2. Bagi melihat gambar-gambar lain sepanjang karnival ini dijalankan, sila layari…

Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2016/2017

Pada 31 Mac – 2 April 2016 yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sesi 2016/2017 telah mengadakan sebuah Kursus Kepimpinan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Objektif kursus kepimpinan…

Program Larian Merentas Desa (LMD)

Pada 24 Mac 2016, Program Larian Merentas Desa (LMD) telah diadakan di Padang IPGKKB. Program ini telah dikelolakan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 yang terdiri daripada seramai 40 orang. Pesertanya pula ialah guru pelatih PISMP (Sem 4), PISMP (Sem 2), PPISMP (Sem 2) dan 30 orang PISMP (Sem 7). Program LMD ini dijalankan dengan…

Majlis Watikah Pelantikan JPP 2016/17

Pada 28 Februari 2016, Majlis Adat Istiadat Penyampaian Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2016/ 2017 telah diadakan di Dewan Wawasan. Tahniah atas perlantikan JPP yang baharu. Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya sebagaimana manifesto yang anda janjikan sebelum ini. Selamat maju jaya!

Majlis Persaraan Hj Rosli Mahmood

Pada 28 Februari 2016, Majlis Persaraan Hj Rosli Mahmood telah diadakan di Dewan Wawasan.Hj Rosli adalah merupakan pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu (JPM). Warga IPGKKB ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan tenaga dan idea beliau. Kami juga mendoakan Hj Rosli diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudah segala urusan. Semoga berjumpa lagi!

Pilihan Raya IPGKKB

Pada 26 Januari 2016, Pilihan Raya IPGKKB telah diadakan. Tempat mengundi adalah di Dataran HEP. Semua guru pelatih diwajibkan mengundi termasuk guru pelatih semester 7 dan 6 yang sedang menjalani praktikum.

Pembentangan Manifesto

Pada 24 Januari 2016, satu sesi pembentangan manifesto dari setiap calon yang bertanding bagi pilihan raya pada tahun ini telah diadakan di Dewan Wawasan. Program ini telah dikendalikan sendiri oleh Pengerusi SPR IPGKKB iaitu saudara Abdul Hafiz bin Abdul Rahman.

Gotong-Royong Perdana

Pada 10 Januari 2016, program Gotong Royong Perdana peringkat IPG Kampus Kota Bharu telah diadakan. Seperti tahun lepas, program ini dimulakan dengan aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh guru pelatih sendiri. Selepas itu, guru pelatih dibahagikan mengikut tempat-tempat yang telah ditetapkan. 

Program Derma Darah

Pada 5 Januari 2016, telah diadakan program Derma Darah yang dikendalikan oleh para petugas dari Hospital Perempuan Raja Zainab. Program ini adalah kali pertama bagi tahun ini.

Perhimpunan Perdana

Pada 3 Januari 2016, Majlis Perhimpunan Rasmi kali Pertama Semester Januari 2016 telah diadakan. Pada perhimpunan ini juga telah diadakan Majlis Pelancaran Buku Tinta Emas yang telah dihasilkan oleh para pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan.