Intercultural Learning

Pada 18 Jun 2016 yang lalu, Biro Kelab Sahabat Siswa telah mengadakan sebuah Program Intercultural Learning (ICL) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di bawah tajaan AFS Malaysia International Qualified. Program ini bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. ICL ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh…

Pelancaran Warna-Warni Ramadhan & IPG Save Our Souls

Pada 12 Jun 2016, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu telah mengadakan sebuah Program Pelancaran Warna-Warni Ramadhan & IPG Save Our Souls dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM IPGKKB) yang bertempat di Dewan Wawasan IPG Kampus Kota Bharu. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan bertugas dan disusuli dengan tayangan…

Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2016/2017

Pada 31 Mac – 2 April 2016 yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sesi 2016/2017 telah mengadakan sebuah Kursus Kepimpinan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Objektif kursus kepimpinan…

Majlis Watikah Pelantikan JPP 2016/17

Pada 28 Februari 2016, Majlis Adat Istiadat Penyampaian Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2016/ 2017 telah diadakan di Dewan Wawasan. Tahniah atas perlantikan JPP yang baharu. Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya sebagaimana manifesto yang anda janjikan sebelum ini. Selamat maju jaya!

Penutupan Octofest

Pada 18 Oktober 2015, telah diadakan majlis Penutupan Octofest yang bertempat di Dewan Wawasan. Majlis ini telah dikelolakan oleh para guru pelatih PISMP dari semester 4 dan semester 3 bagi memenuhi tugasan BIG (Fasa 3) yang memerlukan guru pelatih mengendalikan majlis rasmi. Majlis ini juga dijalankan dengan kerjasama JPP IPGKKB. Program telah bermula pada jam…

Malaysian Explorace & Pertandingan Master Chef

Pada 14 Oktober 2015, program Malaysian Explorace dan Pertandingan Master Chef telah diadakan. Program ini telah dimulakan dengan program Malaysian Explorace pada jam 9 pagi. Terdapat 6 kumpulan yang telah menyertai program ini. Terdapat pula 6 stesen yang perlu dilalui oleh semua kumpulan yang mengambil bahagian. Setiap stesen mempunyai aktiviti-aktiviti yang perlu diselesaikan atau disempurnakan…

Sambutan Maal Hijrah 1437

Pada 13 Oktober 2015, telah diadakan program Sambutan Maal Hijrah yang bertampat di Dewan Asrama. Program ini telah dianjurkan oleh  Persatuan Intelektual Muallim (PIM) dengan kerjasama JPP IPGKKB. Program ini telah bermula pada jam 6.30 petang dan dimulakan terlebih dahulu dengan pembahagian bubur di surau muslimat untuk diberikan selepas solat Isyak. Selain itu, terdapat juga…

Pelancaran Octofest & Bulan Bahasa

Pada 4 Oktober 2015, telah diadakan majlis Pelancaran Octofest dan Bulan Bahasa. Majlis ini telah bermula pada jam 8.45 pagi di Dewan Wawasan. Terdapat 2 program yang berjalan serentak pada pagi tersebut iaitu Pelancaran Octofest dan Bulan Bahasa. Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari pengerusi program Octofest iaitu saudara Azrul Nizam bagi memaklumkan kepada semua…

Bicara Belia: Agen Perubahan

Pada 5 September 2015, telah diadakan program Bicara Belia: Agen Perubahan yang disampaikan oleh Aiman Banna. Program ini ialah anjuran Persatuan Intelektual Muallim dengan kerjasama JPP IPGKKB. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Program ini telah diadakan di Dewan Wawasan yang bermula pada jam 9 malam. Terdapat pemberian cenderamata kepada 100 orang pengunjung terawal. Berikut ialah poster…

Bicara Integriti

Pada 23 Ogos 2015, telah diadakan program Bicara Integiti di Dewan Wawasan. Program ini diwajibkan kepada semua guru pelatih kecuali guru pelatih semester 6 dan 8. Program Bicara Integriti ini telah dipengerusikan oleh saudara Marzaini bin Marun (PISMP – Semester 3). Ahli-ahli panelnya pula terdiri daripada saudara Nadzrin bin Daud (GSTT – Semester 5), saudara…

Junior Camp 2015

Pada 13 Ogos 2015 sehingga 15 Ogos 2015, telah diadakan program Junior Camp di Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini melibatkan semua guru pelatih baharu ambilan Jun 2015. Seramai 105 orang peserta dan 33 orang fasilitator telah mengambil bahagian. Perjalanan dari IPG Kampus Kota Bharu ke tempat perkhemahan mengambil masa selama hampir 1 jam…