Tadarus, Sedekah Subuh dan Iftar Jamaie

Pada 19 Jun 2016 (Isnin), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dengan kerjasam Jabatan Pendidikan Islam dan Moral telah mengadakan tadarus dan iftar jamaie di bawah program Warna-Warni Ramadhan kepada semua guru pelatih dan pensyarah IPG. Tadarus Al-Quran bermula pada jam 8.45 pagi di dewan NN manakala bagi yang bukan muslim berkumpul…

Suri Idaman

Pada 17 Jun 2016, Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANI) di bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKKB telah menganjurkan sebuah program Suri Idaman iaitu sebuah Bengkel Rawatan Wajah Sambil Menderma yang bertempat SMK Panji. Program ini khas kepada guru pelatih wanita yang ingin mempelajari cara-cara merawat dan menjaga wajah di samping membantu pelajar Pendidikan Khas SMK Panji…

Pelancaran Warna-Warni Ramadhan & IPG Save Our Souls

Pada 12 Jun 2016, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu telah mengadakan sebuah Program Pelancaran Warna-Warni Ramadhan & IPG Save Our Souls dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM IPGKKB) yang bertempat di Dewan Wawasan IPG Kampus Kota Bharu. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan bertugas dan disusuli dengan tayangan…

Karnival Permainan Tradisional (KaPeTra)

Pada 15 April 2016, Karnival Permainan Tradisional (KaPeTra) telah diadakan di Padang IPGKKB. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 dari opsyen Pendidikan Khas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPGKKB. Para pesertanya pula terdiri dari guru pelatih PPISMP Semester 2. Bagi melihat gambar-gambar lain sepanjang karnival ini dijalankan, sila layari…

UKCG & UKF 2016

Pada 10 – 14 April 2016, Institut Pendidikan Guru Kota Bharu telah dipilih menjadi salah sebuah tempat untuk dijalan Ujian Kecegasan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF). Jumlah calon ialah seramai 3000 orang untuk lima hari. Satu hari seramai 600 calon guru yang menjalani UKCG ini. Ia telah dijalankan di tiga pusat yang…

Program Larian Merentas Desa (LMD)

Pada 24 Mac 2016, Program Larian Merentas Desa (LMD) telah diadakan di Padang IPGKKB. Program ini telah dikelolakan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 yang terdiri daripada seramai 40 orang. Pesertanya pula ialah guru pelatih PISMP (Sem 4), PISMP (Sem 2), PPISMP (Sem 2) dan 30 orang PISMP (Sem 7). Program LMD ini dijalankan dengan…

Majlis Persaraan Hj Rosli Mahmood

Pada 28 Februari 2016, Majlis Persaraan Hj Rosli Mahmood telah diadakan di Dewan Wawasan.Hj Rosli adalah merupakan pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu (JPM). Warga IPGKKB ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan tenaga dan idea beliau. Kami juga mendoakan Hj Rosli diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipermudah segala urusan. Semoga berjumpa lagi!

Pilihan Raya IPGKKB

Pada 26 Januari 2016, Pilihan Raya IPGKKB telah diadakan. Tempat mengundi adalah di Dataran HEP. Semua guru pelatih diwajibkan mengundi termasuk guru pelatih semester 7 dan 6 yang sedang menjalani praktikum.

Pembentangan Manifesto

Pada 24 Januari 2016, satu sesi pembentangan manifesto dari setiap calon yang bertanding bagi pilihan raya pada tahun ini telah diadakan di Dewan Wawasan. Program ini telah dikendalikan sendiri oleh Pengerusi SPR IPGKKB iaitu saudara Abdul Hafiz bin Abdul Rahman.

Gotong-Royong Perdana

Pada 10 Januari 2016, program Gotong Royong Perdana peringkat IPG Kampus Kota Bharu telah diadakan. Seperti tahun lepas, program ini dimulakan dengan aktiviti senaman pagi yang dikendalikan oleh guru pelatih sendiri. Selepas itu, guru pelatih dibahagikan mengikut tempat-tempat yang telah ditetapkan. 

Program Derma Darah

Pada 5 Januari 2016, telah diadakan program Derma Darah yang dikendalikan oleh para petugas dari Hospital Perempuan Raja Zainab. Program ini adalah kali pertama bagi tahun ini.