Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengumuman kepada semua warga IPGKKB, Biro Sukan & Rekreasi akan menganjurkan program Ekspedisi Mendaki Gunung Stong, Kelantan. Maklumat berkenaan ekspedisi tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh: 1 hingga 3 Mei 2015 (Jumaat hingga Ahad).
Tempat: Gunung Stong.
Penyertaan: 24 orang.
Bayaran: RM 30 seorang.
Bagi makluman semua, rombongan akan bergerak pada Jumaat pagi dari perkarangan asrama dan akan bergerak balik pada pagi Ahad. Ahad merupakan hari cuti Wesak. Jadi, kepada mana-mana pelajar yang berminat, boleh serahkan nama anda berserta maklumat yang diperlukan kepada saudara Ilham Izzat ataupun saudari Izzatul Nazihah Yahya.
Terima kasih atas masa yang diberikan.
Perubahan:
Dukacitanya dimaklumkan bahawa program Ekspedisi Mendaki Gunung Stong seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini telahpun ditangguhkan kepada awal semester depan iaitu selepas cuti hari raya puasa pada 23-25 Julai 2015 berikutan beberapa faktor dan salah satu daripadanya adalah faktor cuaca yang tidak sesuai.
Saya mahu sertai.
LikeLike
Sila hubungi saudara Ilham Izzat atau saudari Izzatul Nazihah.
LikeLike