Program Warna-warni Ramadhan

Pada 21/6/2015, pelancaran program Warna-warni Ramadhan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hashim bin Deraman iaitu Pengarah IPGKKB. Program ini akan berlangsung bermula 21/6 hingga 13/7 bersamaan 4 Ramadhan hingga 26 Ramadhan 1436H.

Logo rasmi Warna-warni Ramadhan adalah seperti di bawah:

Logo WWR_3Semasa majlis pelancaran tersebut, telah diadakan ceramah Ramadhan oleh Ustaz Ahmad Fikri. Kemudian, terdapat gimik pelancaran dan seterusnya ialah penyampaian hadiah dan sijil kepada para imam yang akan menjadi imam bagi solat Terawih sepanjang bulan Ramadhan di Masjid as-Solihin, IPGKKB.

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai program telah dirancang. Berikut ialah jadual program sepanjang Warna-warni Ramadhan berlangsung:

* Jadual tertakluk kepada perubahan.

Berikut ialah senarai program yang bakal berlangsung:

  1. Pertandingan Menulis Cerpen dan Sajak.
  2. Sambutan Hari Guru.
  3. Program Qiamullail dan Sahar Perdana.
  4. Program Tadarus al-Quran dan Ifthor Perdana.
  5. Pertandingan Pencetus Ramadhan.
  6. Program Sharing is Caring.
  7. Madinah Ramadhan.
  8. 1 Hari 1 Info.

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN & SAJAK

Syarat-syarat pertandingan “Menulis Sajak”:
1. Tema adalah apa-apa yang berkaitan Ramadhan.
2. Sajak hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Sajak hasil daripada plagiat akan ditolak penyertaannya serta-merta.

Syarat-syarat pertandingan “Menulis Cerpen”:
1. Tema adalah apa-apa yang berkaitan Ramadhan.
2. Cerpen hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Cerpen hasil daripada plagiat akan ditolak penyertaannya serta-merta.
3. Penulisan cerpen mestilah tidak kurang dari 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 3000 patah perkataan.

Cara penyertaan: Hantarkan karya anda beserta nama, nombor kad pengenalan, opsyen dan nombor telefon ke emel rasmi JPP di jppipgkb@yahoo.com.my

Lain-lain maklumat:
1. Tarikh tutup ialah pada 7/7/2015. Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.
2. Hadiah menarik menanti para pemenang.
3. Keputusan hakim adalah muktamad.

Selamat menyertai dan semoga berjaya!

Berikut pula ialah video berkaitan program-program yang bakal dilaksanakan. Selamat menonton dan semoga terhibur!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s