Karnival Sukan Piala Pengarah

Pada 9 – 11 Oktober 2015, pihak JPP IPG Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Karnival Sukan Piala Pengarah yang bertempat di padang IPGKKB sendiri. Karnival ini telah disertai oleh 14 buah IPG dari seluruh Malaysia. Terdapat 4 jenis pertandingan yang dianjurkan iaitu ragbi, bola sepak, bola jaring dan bola tampar. Berikut ialah senarai IPG yang mengambil bahagian:

1. IPG Kampus Kota Bharu.

2. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

3. IPG Kampus Pendidikan Teknik.

4. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

5. IPG Kampus Batu Lintang.

6. IPG Kampus Pendidikan Islam.

7. IPG Kampus Perlis.

8. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

9. IPG Kampus Sultan Mizan.

10. IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

11. IPG Kampus Tun Hussien Onn.

12. IPG Kampus Ipoh.

13. IPG Kampus Bahasa Melayu.

14. IPG Kampus Tuanku Bainun.

Berikut ialah banner bagi karnival ini:

Karnival SukanKarnival ini bermula pada 8/10 iaitu ketibaan dan pendaftaran para peserta. Pihak JPP IPGKKB sangat berbesar hati menerima kedatangan IPG Kampus Batu Lintang dari Sarawak yang tiba pada hari tersebut di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 2 petang. Pada malam tersebut iaitu jam 9 malam, telah diadakan taklimat permainan dari PIC (Person in Charge) permainan. Lokasi taklimat adalah seperti berikut

1. Bola sepak di Dewan GERKO.

2. Bola tampar di Dewan K-39.

3. Bola jaring di Bilik Gigih.

4. Ragbi di Dewan Asrama.

Pada 9/10, karnival telah bermula pada 8 pagi. Berikut ialah tentatif sepanjang karnival:

IMG-20151009-WA0006Majlis perasmian penutup pula telah diadakan di Dewan Wawasan dan dirasmikan oleh Pengarah IPGKKB sendiri iaitu Tn Hj Hashim bin Deraman. Berikut ialah senarai pemenang bagi setiap pertandingan:

1. Pertandingan bola sepak:

  1. Johan: IPGK Perlis.
  2.  Naib Johan: IPGK Sultan Mizan.
  3.  Ketiga: IPGK Ipoh.
  4.  Keempat: IPGK Kota Bharu.

2. Pertandingan bola tampar (P):

  1. Johan: IPGK Batu Lintang.
  2.  Naib Johan: IPGK Perlis.
  3.  Ketiga: IPGK Temenggong Ibrahim.
  4.  Keempat: IPGK Kota Bharu.

3. Pertandingan bola tampar (L):

  1. Johan: IPGK Tun Hussien Onn.
  2.  Naib Johan: IPGK Perlis.
  3.  Ketiga: IPGK Pendidikan Islam.
  4.  Keempat: IPGK Kota Bharu.

4. Pertandingan ragbi:

  1. Johan: IPGK Dato’ Razali Ismail.
  2.  Naib Johan: IPGK Kota Bharu.
  3.  Ketiga: IPGK Bahasa Antarabangsa.
  4.  Keempat: IPGK Tun Hussien Onn (A).

5. Pertandingan bola jaring:

  1. Johan: IPGK Perlis.
  2.  Naib Johan: IPGK Kota Bharu.
  3.  Ketiga: IPGK Pendidikan Islam
  4.  Keempat: IPGK Batu Lintang.

Johan keseluruhan bagi karnival ini ialah IPGK Perlis. Hal ini seterusnya mengekalkan lagi takhta sebegai pemegang Piala Pengarah memandangkan pada tahun 2014, IPGK Perlis juga merupakan johan keseluruhan. Bagi melihat gambar-gambar sepanjang karnival, sila layari laman-laman di bawah:

1. Karnival Sukan Piala Pengarah (Lain-lain).

2. Karnival Sukan Piala Pengarah (Ragbi).

3. Karnival Sukan Piala Pengarah (Bola Sepak).

4. Karnival Sukan Piala Pengarah (Bola Jaring).

5. Karnival Sukan Piala Pengarah (Bola Tampar).

6. Karnival Sukan Piala Pengarah (Majlis Penutup).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s