Pementasan Teater “Kubur”

Pada 5 Oktober 2015,  telah diadakan satu pementasan teater yang bertajuk “Kubur” di Jabatan Kebudayaan & Kesenian, Negeri Kelantan. Pementasan ini telah diadakan bermula pada jam 9 malam sehingga 11 malam. Pementasan ini telah dipersembahkan oleh Kumpulan Genta Timur dari IPGKKB bagi Festival Teater peringkat Negeri Kelantan.

Produksi Genta Timur ini telah ditubuhkan pada lewat tahun 2011. Produksi ini bernaung di bawah Jabatan Pengajian Melayu (JPM). Produksi ini tercetus daripada idea dan pemikiran beberapa orang mahasiswa Pengajian Melayu yang berhasrat mengembangkan bakat seni dalam kalangan guru pelatih IPGKKB. Idea ini telah mendapat lampu hijau daripada pensyarah dan pihak pentadbiran IPGKKB.

Bagi pementasan teater ini, berikut ialah barisan pelakon:

1. Karim (Penggali kubur 1): Mohd Nazrin bin Daud.

2. Ramli (Penggali kubur 2): Zahrul Azman bin Selamat.

3. Samad: Muhamad Faiz bin Md Nayan.

4. Rashid: Mohd Muzammil bin Ab Rahim.

Berikut pula ialah poster bagi pementasan teater “Kubur”:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut ialah antara gambar-gambar sepanjang pementasan teater ini:

IMG-20151012-WA0002 IMG-20151012-WA0003 IMG-20151012-WA0004 IMG-20151012-WA0005Pihak JPP IPGKKB mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Genta Timur kerana telah mendapat tempat keempat bagi pertandingan pementasan teater bersempena Festival Teater Negeri Kelantan 2015. Berikut ialah senarai penuh pemenang:

1. Aspek (Anak Seni Pendidikan Kelantan).

2. Le ‘ Waris (UMK).

3. Kumpulan Belia Warisan Perdana, Chicha, Kubang Kerian.

4. Kumpulan Genta Timur, IPG Kampus Kota Bharu.

5. Kelab Briged Seni Kelantan.

6. Kumpulan Seni Kebudayaan (SKEDSA) UiTM, Machang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s