Pameran Jawi dan Seni dalam Islam

Pada 26 Ogos 2015 sehingga 27 Ogos 2015, telah diadakan program Pameran Jawi dan Seni dalam Islam. Program ini telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih opsyen Pendidikan Islam dari semester 3 dan 4.

Pada hari pertama, telah diadakan bengkel penulisan khat yang disampaikan oleh En Ilham bin Che Daud iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Penjara Pengkalan Chepa. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Kokurikulum yang hanya disertai oleh guru-guru pelatih opsyen Pendidikan Islam dari semester 3 dan 4. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ust Mohd Afandi bin Muhamad iaitu Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JaPIM).

Bengkel tersebut telah berlangsung sehingga jam 1 petang.

Pada hari kedua pula, program Pameran Jawi telah diadakan di Perpustakaan Tok Kenali. Pameran kali ini mengetengahkan kepelbagaian alat bantu mengajar yang telah dihasilkan sendiri oleh guru-guru pelatih opsyen Pendidikan Islam dari semester 3 dan 4. Jadi, para pengunjung dapat menimba ilmu dan melihat inovasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain itu, pihak penganjur juga telah menjemput para pelajar dari 2 buah sekolah untuk memeriahkan lagi pameran tersebut. Seramai 40 orang murid dari SK Dato’ Hashim 2 dan 20 orang murid dari SK Pengkalan Chepa telah menghadirkan diri bersama guru pengiring masing-masing. Para pelajar yang hadir telah disediakan dengan pelbagai aktiviti berunsurkan jawi.

Istimewanya, pameran kali ini telah dikunjungi oleh Timbalan Pengarah IPGKKB sendiri iaitu Dr Abdullah bin Yusoff.

Program ini telah tamat pada jam 12 tengahari. Semua para pelajar dan guru pengiring telah dihantar pulang ke sekolah masing-masing dengan menggunakan bag IPGKKB sendiri.

Berikut ialah poster mengenai program ini:

Berikut ialah atur cara bagi program ini:

IMG-20150825-WA0002Berikut pula ialah gambar-gambar sepanjang program berlangsung:

P_20150826_085248P_20150826_085255P_20150826_085603P_20150826_091635P_20150826_093010IMG-20150828-WA0010

IMG-20150828-WA0006

IMG-20150828-WA0007 IMG-20150828-WA0008 IMG-20150828-WA0009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s