Junior Camp 2015

Pada 13 Ogos 2015 sehingga 15 Ogos 2015, telah diadakan program Junior Camp di Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini melibatkan semua guru pelatih baharu ambilan Jun 2015. Seramai 105 orang peserta dan 33 orang fasilitator telah mengambil bahagian.

Perjalanan dari IPG Kampus Kota Bharu ke tempat perkhemahan mengambil masa selama hampir 1 jam 30 minit dengan menggunakan 3 buah bas dan 1 buah van. Selain itu terdapat 4 buah kenderaan persendirian digunakan. Bagi tiba di tempat perkhemahan semua orang perlu menaiki bot dengan perjalanan selama 5 – 7 minit dari jeti.

Antara pensyarah yang terlibat sepanjang program ini ialah Tn Hj Wan Mohd Zil Hj Wan Salleh, En Ibrahim Idris dan Pn Noor Akbari Ismail Ali. Selain terdapat beberapa pensyarah lain yang hadir bagi memeriahkan lagi program ini seperti Dr Azizi Jaafar. Selain itu, Pengarah IPGKKB sendiri telah turut serta menjayakan program ini. Beliau telah turut membantu dalam aktiviti memasak makanan bagi para peserta.

Istimewanya, program kali ini telah turut disertai oleh pelajar pertukaran dari German iaitu Lisanne Jasmin.

Berikut ialah poster bagi program ini:

Junior CampSepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa perubahan yang tidak dapat dielakkan. Awalnya, berikut ialah atur cara program selama 3 hari 2 malam di Laguna Agro Resort:

56Sepanjang program ini juga, makanan adalah dimasak sendiri oleh para fasililator untuk para peserta. Berikut ialah jadual bertugas memasak sepanjang program:

45Berikut ialah gambar-gambar sepanjang program tersebut berlangsung:

2015 (2) 2015 (4) 2015 (8) 2015 (10) 2015 (16) 2015 (18) 2015 (19) 2015 (31) 2015 (37) 2015 (43) 2015 (60) 2015 (63) 2015 (66) 2015 (74) 2015 (76) 2015 (89) 2015 (109) 2015 (111) 2015 (132) 2015 (138) 2015 (148) 2015 (156) 2015 (167) 2015 (169) 2015 (193) 2015 (209)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s