Program Akademik & Pecutan Akhir UPSR

Pada 1 Ogos 2015, program Akademik & Pecutan Akhir UPSR anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan telah diadakan. Program ini telah dihadiri seramai 350 orang pelajar sekolah rendah. Program ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Sesi pertama adalah bagi subjek Sains. Ia disampaikan oleh En Samsul Bahri Muhamad Jali iaitu merupakan guru besar di Sekolah Kebangsaan Jelor, Pasir Puteh, Kelantan. Sesi ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi.

2. Sesi kedua pula adalah bagi subjek Matematik yang disampaikan oleh En Rozlan bin Ibrahim. Beliau ialah guru cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas, Kelantan. Sesi ini bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 1 petang.

3. Sesi terakhir pula adalah bagi subjek Bahasa Inggeris. Sesi ini bermula pada jam 2.30 petang 4.30 petang. Ia disampaikan oleh Pn Wan Besah bin Wan Junoh yang merupakan guru cemerlang di Sekolah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh, Kelantan.

Setiap sesi bengkel adalah selama 2 jam. Para pelajar yang hadir juga disedikan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Sijil penyertaan juga diberikan selepas program selesai.

Sepanjang program ini berlangsung, guru pelatih dari opsyen Bimbingan dan Kaunseling (Semester 3) dan beberapa orang wakil dari Sidang Redaksi Majalah Pesisir 2015 telah terlibat secara langsung bagi menjayakan lagi program ini.

Majlis penutupan program ini pula, telah dirasmikan sendiri oleh Pengarah IPGKKB iaitu Tn Hj Hashim bin Deraman.

Berikut pula adalah antara para pensyarah dan kakitangan IPGKKB bersama anak mereka yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.

Kami mendoakan agar semua pelajar yang menghadapi UPSR pada tahun ini dapat menjawab dengan tenang dan yakin. Semoga anda semua berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s