Pertandingan Pencetus Ramadhan

Pertandingan Pencetus Ramadhan telah diadakan pada 12 Julai 2015 di Dewan Wawasan IPGKKB. Program ini berlangsung serentak dengan Majlis Penutupan Program Warna-warni Ramadhan yang telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan. Pertandingan ini telah dipengerusikan oleh saudara Zahrul Azman bin Selamat dan saudari Amirah binti Razak.

Sila klik di sini bagi membaca artikel berkaitan Majlis Penutupan Program Warna-warni Ramadhan.

Berikut ialah poster mengenai pertandingan ini:

Pencetus UmmahPertandingan ini telah disertai oleh 5 orang guru pelatih daripada pelbagai semester seperti:

  1. Ahmad Samsuddin (Semester 4 – Pendidikan Khas).
  2. Fatimah binti Abdul Ghani (PPSIMP – Semester 1, Pendidikan Khas).
  3. Muhammad Saifullah (Semester 3-Pendidikan Islam).
  4. Marziyah binti Muad (Semester 1 – Sejarah).
  5. Syafeza binti Sauli (Semester 6 – TESL).

Pertandingan telah diadili oleh tiga orang juri iaitu Ustaz Abdul Satar bin Muhammad, En. Ishak bin Ibrahim dan En. Kamaruddin bin Yusof. Tema bagi pertandingan ini adalah berkaitan dengan Ramadhan.

Acara kemuncaknya adalah apabila saudari Syafeza telah memenangi pertandingan ini manakala tempat kedua disandang oleh saudara Ahmad Samsuddin. Seterusnya, tempat ketiga ialah saudari Fatimah. Hadiah saguhati pula telah dimenangi oleh Muhammad Saifullah dan Marziyah.

Perserta masing-masing telah meraih wang tunai RM150 untuk tempat pertama, RM40 untuk tempat kedua, RM30 untuk tempat ketiga dan RM20 untuk saguhati serta sijil pernyertaan dan hamper.

Melalui program ini, dapatlah disimpulkan bahawa majlis seumpama ini dapat meningkatkan hubungan sosial dalam kalangan warga kampus.

Berikut pula ialah gambar-gambar sepanjang pertandingan ini berlangsung:

DSC_0143 DSC_0156 DSC_0149 DSC_0153DSC_0155 DSC_0237DSC_0240

Advertisements

One thought on “Pertandingan Pencetus Ramadhan

  1. Pingback: Majlis Penutupan Warna-warni Ramadhan | JPP IPGKKB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s