Sesi Penggambaran Majalah Pesisir 2015

Pihak sidang redaksi Majalah Pesisir 2015, berbesar hati ingin memaklumkan bahawa sesi penggambaran bagi Majalah Pesisir 2015 akan diadakan bermula pada 9/7 (Khamis) bagi semester 6 dan semester 4. Pada 27/7 (Isnin) dan 28/7 (Selasa) pula adalah bagi kelas-kelas yang lain.

Bagi makluman semua, sesi penggambaran semester 6 terpaksa diawalkan memandangkan mereka akan terlibat dengan praktikum selepas cuti hari raya. Semester 4 pula terlibat sekali adalah bagi mengisi kekosongan jadual penggambaran pada hari tersebut.

Berikut ialah jadual penggambaran bagi semua jabatan, unit dan kelas bagi sesi penggambaran bagi Majalah Pesisir 2015:

34Seterusnya, bagi semester 8 akan diadakan satu penggambaran khas. Penggambaran ini adalah bagi “Slot Memoir” yang akan diisi dalam Majalah Pesisir. Penggambaran akan diadakan di Bilik Studio dan bermula terus selepas anda mengambil penggambaran kelas di Dataran Ilmu. Penggambaran ini adalah secara individu dan akan memfokuskan bahagian kepala sehingga ke pinggang dengan berlatar-belakangkan skrin hijau.

Seterusnya, anda boleh memilih sebarang latar-belakang bagi gambar anda. Contohnya, anda mahu gambar anda berlatar-belakangkan pemandangan di KLCC, maka pihak kami akan tunaikannya. Sehubungan dengan itu, cuti hari raya ini boleh anda gunakan untuk memikirkan latar-belakang yang anda inginkan.

35Jadi, pihak sidang redaksi Majalah Pesisir 2015 amat berharap agar semua pensyarah dan guru pelatih dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan penerbitan majalah kali ini.

 Peringatan:

1. Semua wakil kelas dikehendaki berada di dataran HEP pada jam 10.45 pagi bagi mendengar taklimat ringkas mengenai sesi penggambaran Majalah Pesisir yang akan diadakan selepas taklimat berkaitan program Iftar Perdana.

2. Selepas itu, wakil kelas akan diberikan jadual penuh serta perlepasan kuliah bagi sesi penggambaran.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s