Sambutan Hari Guru 2015

Pada 28 Jun 2015, pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah menganjurkan program Sambutan Hari Guru 2015 peringkat IPG Kampus Kota Bharu. Sambutan ini telah diadakan di Dewan Wawasan. Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam dan Moral (JaPIM) dan Jabatan Bahasa. Berikut ialah perjalanan program pada hari tersebut:

Program pada hari tersebut telah dimulakan dengan bicara ilmu dari pensyarah JaPIM iaitu Ustaz Abd Satar. Perutusan hari guru pula telah dibacakan oleh Dr. Abdullah bin Yusoff iaitu timbalan pengarah IPGKKB. Kemudian, ucapan perasmian dari Tuan Haji Hashim bin Deraman iaitu pengarah IPGKKB.

Seterusnya, telah diadakan Anugerah Melotop. Berikut ialah senarai para pemenangnya:

Anugerah Popular:
1. Pensyarah: Hj Noorizan Hanapiah.
2. GP: Hazwan Omar.

Anugerah Celik IT/ Kreatif:
1. Pensyarah: Dr Azizi Jaafar
2. GP: Muhammad Luqmanulhakim

Anugerah Aktif Sukan:
1. Pensyarah: Hj Aziz Jaafar.
2. GP: Ong Pei Si.

Anugerah Sahabat Masjid:
1. Pensyarah: Dr Che Othman Che Wil.
2. GP: Zainal Ehsan bin Saidin.

Anugerah Penyayang:
1. Pensyarah: Pn Nor Laini.
2. GP: Hidayah Jelani.

Tahniah, kami ucapkan kepada pemenang-pemenang anugerah! Keputusan pemenang adalah muktamad berdasarkan undian para guru pelatih IPGKKB.

Kemudian, terdapat juga persembahan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan yang terdiri daripada para guru pelatih IPGKKB sendiri. Selain itu juga, terdapat juga tayangan filem pendek khas yang dikeluarkan oleh BG Production. Filem tersebut bertajuk “Andaiku Tahu”. Bagi melihat trailer filem, sila layari laman yang berikut:

Sila klik di sini.

Kemudian, terdapat persembahan khas dari En Ishak yang mempersembahkan mestamu.

Seterusnya, telah diadakan juga aktiviti “Yellow Tag” iaitu terdapat 10 tag yang berwarna kuning yang telah diletakkan di bawah kerusi para tetamu yang hadir. Sesiapa yang bertuah mendapat tag tersebut perlu ke hadapan dewan dan naik ke atas pentas. Kemudian, pengerusi majlis iaitu saudara Mohd Nazrin Daud meminta mereka meneka berat 2 jenis buah iaitu tembikai dan nenas yang berada di hadapan mereka. Mereka yang berjaya meneka dengan tepat atau hampir tepat akan membawa pulang buat tersebut sebagai hadiah. Pemenang bagi meneka berat buah tembikai ialah pengarah IPGKKB sendiri iaitu Tuan Haji Hashim bin Deraman.

Sebelum sambutan ini tamat, setiap jabatan telah diberikan cenderamata oleh setiap wakil guru pelatih.

Berikut pula, adalah antara gambar-gambar kenangan sepanjang sambutan ini berlangsung:

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s