Pertandingan Mereka Muka Depan Majalah IPGKKB

My_1

Sidang Redaksi Majalah IPG Kampus Kota Bharu dengan besar hatinya membuka peluang kepada semua guru pelatih tanpa mengira latar belakang anda bagi menyertai Pertandingan Mereka Muka Depan Majalah IPGKKB.

Pertandingan ini diadakan agar mana-mana guru pelatih boleh menghantar rekaan mereka masing-masing bagi digunakan sebagai muka depan majalah rasmi IPGKKB yang bakal dikeluarkan pada hujung tahun ini. Perlu dimaklumkan bahawa penyertaan daripada anda amat dihargai.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Tema: Bebas. Sila gunakan kreativiti anda.

2. Tarikh tutup: 2 Ogos 2015.

3. Had penyertaan: Anda boleh menghantar sebanyak mungkin hasil rekaan anda.

4. Cara menghantar:

1. Sila emelkan rekaan dalam bentuk .psd ke emel rasmi JPP IPGKKB iaitu jppipgkb@yahoo.com.my

2. Kemudian, sertakan sekali nama, opsyen dan nombor telefon untuk dihubungi.

Item yang perlu wujud dalam rekaan anda ialah:

1. Nama majalah: Pesisir.

2. Logo IPGM.

3. Lain-lain yang sesuai.

Setelah pertandingan ini ditutup, semua penyertaan akan diadili oleh para pensyarah yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini bagi memilih hasil rekaan yang terbaik. 3 rekaan yang terbaik akan diberikan hadiah.

Namun, hanya satu sahaja rekaan iaitu rekaan yang mendapat tempat pertama akan dipilih untuk dijadikan sebagai muka depan Majalah IPGKKB 2015.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila komen di ruangan di bawah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pihak kami amat mengalu-alukannya.

Selamat bertanding. šŸ˜‰

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s