Jurukamera Majalah IPGKKB

My_2Sidang Redaksi Majalah IPG Kampus Kota Bharu dengan besar hatinya membuka peluang kepada semua guru pelatih tanpa mengira latar belakang anda bagi menjadi jurukamera Majalah IPGKKB. Kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat.

Tiada had penyertaan.

Berikut ialah syarat-syarat penyertaan:

1. Anda seboleh-bolehnya mesti memiliki sebuah kamera.Kamera dari jenis DSLR menjadi keutamaan. Sekiranya anda tidak mempunyai kamera, anda juga masih boleh mendaftar untuk menjadi jurukamera. Asalkan anda mempunyai minat dan komitmen. Sidang Redaksi Majalah IPGKKB akan mengusahakan sesuatu bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi jurukamera tetapi tidak mempunyai kamera.

2. Anda boleh memberikan komitmen yang diperlukan. Namun, anda tidak perlu risau kerana pihak kami akan berusaha untuk memastikan tugas anda sebagai salah seorang jurukamera tidak menjadi beban kepada anda. Pihak kami faham bahawa sebagai seorang guru pelatih, aspek pelajaran perlu diutamakan terlebih dahulu.

Jadi, apabila anda mendaftar sebagai jurukamera Majalah IPGKKB, anda akan memperolehi beberapa kelebihan:

1. Anda akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada En Rosdi dan En Yahya yang berkemahiran dalam bidang pengendalian kamera video. Pihak kami bukan sahaja mahu anda membantu kami, bahkan kami juga akan berusaha meningkatkan kemahiran anda.

2. Anda akan diberikan sijil penghargaan sebagai jurukamera Majalah IPGKKB semasa Majlis Pelancaran Majalah IPGKKB yang dirancang akan diadakan pada bulan 10 atau 11 nanti.

Sekiranya anda berminat dan berani menyahut cabaran ini, sila hubungi kami dengan memberikan komen diruangan di bawah atau emelkan kepada kami. Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila komen di ruangan di bawah. 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s