Isu Kewangan [BI]

Read this article in English.

Isu 1 – Pembayaran Elaun Bulan Januari 2015

Sistem pengiraan pembayaran elaun bagi bulan Januari 2015 telah difailkan oleh Unit Kewangan sejak bulan Disember 2014. Menurut wakil Unit Kewangan IPGKKB, elaun bulanan akan dimasukkan ke dalam akaun setiap guru pelatih dalam tempoh 10 hari bekerja penjawat awam (tidak ditetapkan hari yang ke berapa).

Menjawab persoalan permulaan hari pembayaran sewa asrama untuk bulan Januari 2015. Walaupun sesi persekolahan bermula 11 Januari 2015 seperti yang diwartakan oleh Menteri Pendidikan, adalah dimaklumkan bahawa sistem penolakan elaun untuk pembayaran sewa asrama tetap bermula dari 5 Januari 2015 berdasarkan takwim akademik IPGM yang telah ditetapkan pada asalnya. Namun, menurut Pn. Milah, pihak HEP IPGKKB masih menunggu dokumen hitam putih dari IPGM yang menyatakan pembayaran sewa asrama bagi setiap guru pelatih bermula dari 11 Januari 2015. Andai kata dalam masa yang terdekat ini pihak HEP menerima dokumen tersebut, barulah jumlah bayaran sewa asrama untuk tempoh 5, 6, 7, 8, 9, 10 Januari 2015 akan dipulangkan semula kepada guru pelatih.

Cara bayaran? Belum diketahui. Hanya menunggu arahan IPGM dahulu.

Isu 2 – Pembayaran Elaun Bulan Februari 2015

“Boleh kami tahu kenapa jumlah elaun bulan Februari berjumlah RM515.00 dan bayaran sewa asrama adalah penuh RM80.00 sahaja. Walhal 28 hari sahaja dan terdapat cuti bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina iaitu pada 18, 19, 20, 21, 22 Februari 2015?”.

Unit Kewangan IPGKKB menjawab isu ini dengan memberi penjelasan bahawa cuti bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak termaktub dalam Takwim Akademik IPGM seperti cuti pertengahan penggal (bulan Mac) dan cuti penggal (bulan Jun). Sila muat turun Takwim Akademik IPGM atau Takwim Persekolahan 2015 bagi mendapatkan kepastian.

Mengenai isu 28 hari dalam bulan Februari, sistem bayaran sewa asrama adalah mengikut bulan, tidak mengikut jumlah hari yang terdapat dalam sesuatu bulan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya guru pelatih mendiami asrama tidak bermula 1 hari bulan bagi bulan tertentu seperti Januari yang lepas, barulah Unit Kewangan IPGKKB akan membuat pengiraan bayaran sewa asrama mengikut hari.

“Macam mana boleh jadi begitu?”.

Begitulah yang sepatutnya. Hal ini adalah kerana sekiranya Unit Kewangan IPGKKB mahu menyamakan pembayaran elaun mengikut hari seperti pembayaran sewa asrama mengikut hari, maka yang ruginya adalah guru-guru pelatih juga. Jadi makin berkuranglah bilangan elaun yang diterima kerana bulan Februari pada tahun ini hanya mempunyai 28 hari sahaja.

Isu 3 – Tuntutan Perjalanan Pulang ke IPG sesi 2015

Proses pembayaran ini adalah di bawah pengurusan Ketua Unit Kewangan IPGKKB tanpa campur tangan JPP 15/16.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit makluman daripada wakil Unit Kewangan IPGKKB yang mengatakan proses tuntutan perjalanan telah pun dimulakan akan tetapi perlu melalui pengesahan yang banyak daripada pelbagai pihak. Hal ini adalah prosedur yang perlu dipatuhi.

Sebarang makluman akan kami sampaikan dari semasa ke semasa. Terima kasih atas kecaknaan daripada semua pihak. Sekian, daripada kami Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKKB Sesi 2015/2016.

Biro Kebajikan dan Sosial (KEBASO) 15/16.

[BI]:

Finance Issue

Issue 1 – January 2015 Monthly Allowance Payments

The calculation of the allowance payment system for January 2015 was filed by the Finance Unit of IPGKKB since December 2014. According to representatives of the Finance Unit of IPGKKB, a monthly allowance will be deposited into the account of the teacher trainees within 10 working days of civil servants (not designated day to do).

Answering the question of the hostel rental for January 2015. Although the school session started on 11th January 2015 as issued by the Ministry of Education, we would like to inform the teacher trainees that the dormitory rates was fixed to start from 5th January 2015 as set by the IPGM’s academic calendar. However, according to Mrs. Zamilah, the Students Affairs Department of IPGKKB is still waiting for the official statement and confirmation regarding the payment of rental from IPGM. If the Students Affairs Department has got the confirmation, then the total dormitory rental for the dates of 5th, 6th, 7t, 8th, 9th, and 10th January 2015 will be returned to the teacher.

How is the payment? Not yet known. Just wait for the IPGM’s advance directives.

Issue 2 – February 2015 Monthly Allowance Payments

“Can we know why the allowance for February is amounted to RM515.00? The dormitory rate for a month is only RM 80.00. Whereas February only has 28 days and there are also holidays for the Chinese New Year celebrations on 18th, 19th, 20th, 21st, 22nd February 2015? “.

The Finance Unit of IPGKKB addressed this issue by explaining that the leaves for the Chinese New Year celebrations are not enshrined in the Academic Calendar, such as the holidays for IPGM mid-term (March) and Semester Break (June). Please download the Academic Calendar School Calendar IPGM or 2015 to get confirmation.

On the issue of the 28 days in February, the payment is amounted on a month, not by the number of days in a month. However, if teacher trainees do not stay at the hostel starting on the first day of the month as of January this year (due to the notice by the IPGM) , the Finance Unit of IPGKKB will then compute the payment of rent by the day of boarding.

“How come?”.

That should. This is because if the Finance Unit IPGKKB wants to equate the payment of allowances by day as payment of rent by the day boarding, then the loss is on trainee teachers as well.

Issue 3 – Travel Claims of 2015

The payment process is under the management of Chief of Financial Unit of IPGKKB without the intervention of the Students Representative Council 15/16 .

However, there is a notification from the Financial Unit stating that the travel claims process has been started but it have to go through extensive validation of the various parties . This is the procedure which must be followed.

Any information will be noted from time to time. Thanks for the concerns from all parties. That’s all from our Student Representative Committee IPGKKB 2015/2016 session.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s